seismik

[VIDEO] "Merentas Desa" - Gelagat Lembu Lari Di Atas Jalan Raya Ini Bikin Dekah

Nak pergi mana itu?

Cover image via @nonani54 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji

Musim perayaan raya tersebut disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan sesetengah daripada mereka mengambil peluang mengerjakan haji di Makkah dan berwukuf di Padang Arafah.

Ada juga yang membuat ibadah korban dan mengagihkan daging tersebut kepada jiran tetangga dan saudara-mara terdekat.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seekor lembu berlari telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lembu yang kena ikat lari di atas jalan raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nonani54 di TikTok, kelihatan seekor lembu dirakam sedang melarikan diri sambil dikejar oleh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki di atas jalan raya. 

Dalam video tersebut dapat dilihat lembu itu berlari bersama tali yang diikat padanya dengan pantas. Lembu itu juga membelok dan sedang berlari ke arah kawasan kedai. 

"Semangat pingat emas merentas desa yang lain jauh ke belakang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 375.4K views, 39.8K likes dan 745 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berseloroh mengatakan haiwan itu sedang merentas desa. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak macam jauh juga dia berlari tu, harap dah jumpa lah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: