"Lawan Hukum Permainan" - Pak Cik Offer Kerusi Masa Main Musical Chairs Ini Bikin Dekah
Bukan main macam tu pak cik.
Tertekan atau stres adalah tindak balas emosi yang berlaku dalam kehidupan harian ramai
Oleh itu, untuk mengurangkan rasa tertekan di tempat kerja adalah disarankan untuk melakukan aktiviti seperti bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang pada hari cuti.
Tambahan lagi, tempat kerja kita sendiri yang mengadakan aktiviti menyeronokkan bagi meringankan rasa stres ketika bekerja.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pak cik bermain musical chairs telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Main musical chairs tapi offer kerusi dekat pemain lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikgupaan92 di TikTok, kelihatan sekumpulan pak cik yang merupakan para guru sedang dirakam bermain game musical chairs dalam sebuah event di sebuah dewan hotel.
Apa yang menarik perhatian adalah seorang guru lelaki dilihat telah menawarkan kerusi kosong ketika bermain pada guru lain yang turut bermain dalam permainan tersebut.
Kejadian berkenaan telah menyebabkan pengacara majlis berseloroh mengatakan "tidak pernah lagi seumur hidup saya, main musical chairs, offer kerusi dekat orang."
Dalam video itu juga dapat dilihat pemain-pemain lain turut ketawa terbahak-bahak melihat situasi itu.
"Aku rasa kalau game ni ada ramai orang macam pakcik 2 orang tu, tak habis game ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 361.1K views, 21.9K likes dan 433 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan dua guru tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!