Isteri Bawa Bercuti Ke Sabah Lepas Buat 'Side Income' Setiap Kali Suami Main Badminton
Wow! Dapat pergi Sabah terus ya.
Kita semua pasti mempunyai hobi untuk melakukan aktiviti yang digemari bagi meluangkan masa terluang
Meminati futsal, bermain bola sepak, menjahit, memasak dan juga bermain badminton menjadi antara hobi yang disukai ramai.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita membuat tabung berdasarkan hobi suaminya telah meraih tumpuan ramai
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Buat tabung setiap kali suami main badminton, hasilnya boleh bercuti pergi Sabah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adilerrr di TikTok, kelihatan seorang wanita membuat tabung dalam bekas plastik setiap kali suaminya pergi bermain badminton.
Tabung yang dinamakan sebagai 'tabung badminton' itu akan diisi sebanyak yang suaminya mampu ketika bermain badminton. Paling menarik perhatian adalah hasil menabung tersebut membolehkan mereka untuk ke Sabah.
Mereka kelihatan membawa ibu dan adiknya dalam percutian ke negeri di Bawah Bayu tersebut dan mencipta memori bersama-sama di sana. Dalam video itu, dapat dilihat mereka melawat banyak tempat terkenal dan mempelajari budaya dan tradisi negeri berkenaan.
Tambahan pula, pasangan suami isteri ini juga dapat merasai pengalaman terbang dengan aktiviti paragliding serta sea walking.
"Noted, tak pun setiap kali nak lepak dengan kawan pun boleh buat tabung lepak haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 735.9K views, 71.6K likes dan 1,180 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat idea kreatif wanita ini. Ada juga yang ingin ikut dan membuat tabung untuk lelaki mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!