seismik

"Mesin Baju Manual" - Lelaki Kongsi Cara Keringkan Baju Guna Bakul Ini Buat Ramai Terhibur

Unik betul!

Cover image via @riz_wan_3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau hendak membasuh baju kita pasti akan guna mesin basuh atau menggunakan tangan

Ada juga yang memilih untuk membasuhnya di dobi selepas penat bekerja seharian. Ramai orang mempunyai cara yang tersendiri dalam membasuh baju mereka. 

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membasuh baju menggunakan 'cara tradisional' telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Letak baju basah dalam bakul untuk pusing dan keringkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @riz_wan_3 di TikTok, kelihatan seorang lelaki memakai kain pelikat dirakam sedang menjemur baju di ampaian di kawasan rumahnya.

Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat mengeringkan baju tersebut dalam bakul hijau yang digantung dengan tali.

Dalam video itu, dia dilihat meletakkan baju basah berkenaan dan menutupnya dengan penutup periuk, kemudian memusingkan bakul itu untuk mengeringkan pakaiannya.

"Boleh lah bang jimat elektrik sikit sekarang melampau-lampau bil" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 4.8M views, 182K likes dan 4,335 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat 'mesin basuh' lelaki ini yang dinilai amat kreatif dan memberi pelbagai komen mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nanti nak cuba lah, mana tahu kering lagipun cuaca pun panas :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: