seismik

Anak Bagi Surprise Jambangan Bunga Coklat Lepas Bapa Balik Kerja Ini Buat Ramai Terharu

Sweet betul hadiah itu.

Cover image via @mamahuda_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Hari Bapa disambut di seluruh dunia pada 18 Jun lalu

Ini untuk meraikan para bapa dan menghargai mereka sebagai ketua keluarga yang banyak berkorban dalam mencari nafkah untuk menyara hidup.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memberi kejutan buat ayahnya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Bagi bunga masa bapa pulang dari kerja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamahuda_di TikTok, kelihatan seorang anak perempuan sedang menunggu untuk memberikan kejutan kepada ayahnya sempena Hari Bapa di depan pintu rumah.

Dalam video itu, dilihat dia memberi jambangan bunga coklat selepas ayahnya pulang dari kerja. Perkara itu menyebabkan ayahnya amat terkejut dan tersenyum kerana tidak menyangka akan menerima kejutan tersebut.

"Hilang terus penat papa dia" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 314.4K views, 56.4K likes dan 227 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan anaknya dan memberi pelbagai komen mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya! Semoga berbahagia hingga ke jannah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: