seismik

[VIDEO] Gelagat Kera Bantu Jaga Anak Kecil Sedang Menangis Ini Buat Ramai Terhibur

Bagus betul kera itu.

Cover image via @suzilalh7777abdwa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita semua pasti mempunyai haiwan peliharaan di rumah

Tidak kiralah anjing, kucing, atau kera, ramai yang memilih haiwan-haiwan berkenaan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Menjaga mereka dengan pakaikan baju, bagi makan dan minum. 

Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan seekor kera menjaga seorang bayi telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Terpaksa panggil ibu juga masa baby nangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suzilalh7777abdwa di TikTok, kelihatan seekor kera lengkap berbaju dan memakai seluar memegang tangan seorang bayi yang sedang menangis. 

Apa  yang menarik perhatian adalah kera tersebut dilihat pergi ke 'ibunya' dan memanggil untuk memujuk bayi berkenaan dengan cuba menarik kaki 'ibunya' itu ke tempat bayi berkenaan. 

Hal itu menyebabkan bayi itu berjaya dipujuk dan berhenti menangis selepas didukung oleh ibunya. 

"Aku pula yang rasa geram kat beruk tu sebab comel sangat pergi lari pegang mak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 562.3K views, 31.2K likes dan 434 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel kera itu dan memberi pelbagai komen mencuit hati. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus kera tu, jaga adik ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: