seismik

[VIDEO] Reaksi Si Ayah Bila Anak Belanja Hadiah Masa Hari Bapa Ini Buat Ramai Terharu

Comel betul tengok ayah dia happy.

Cover image via @miyossss (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita ketahui, hari bapa diraikan seluruh dunia untuk mengingati jasa para bapa yang banyak berkorban bagi keluarga

Oleh itu, anak-anak yang mengambil peluang untuk membeli hadiah bagi meraikan bapa masing-masing.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita membelanja bapanya ketika hari bapa telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Belanja ayah jam G-Shock sempena hari bapa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @miyossss TikTok, kelihatan seorang anak perempuan merakam ayahnya yang sedang menaiki eskalator di sebuah shopping mall.

Dalam video itu, dia menyatakan ingin belanja ayahnya sempena hari bapa, menyebabkan ayahnya menunjukkan reaksi terkejut dan seakan-akan tidak percaya. Ayahnya juga dilihat menutup muka dan malu-malu.

Semasa berjalan, dia dilihat bertanya kepada ayahnya tentang keinginan ayahnya dan dibalas "nak beli jam G-Shock lah".

Mereka dipaparkan menuju ke arah kedai yang menjual jam tersebut dan mencuba pelbagai jenis jam yang sesuai untuk ayahnya. Selepas membelinya, ayahnya menyatakan dia akan memakai jam tersebut pada hari esok dan terus mencium anaknya di dalam kedai.

Di akhir video berkenaan, ayahnya turut menunjukkan beg jam itu ke arah kamera sambil tersenyum dan berterima kasih kepada anaknya atas pemberian itu.

"Thank you sis dapat saya merasa tengok seorang anak belanja abah dia, jaga dia baik baik ya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 384.3K views, 65.6K likes dan 1,054 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat momen mengharukan ini dan ada juga yang mendoakan kesejahteraan bapa dan anak ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Reaksi bapa dia sangat comel! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: