seismik

[VIDEO] "Ayam Masak Blue Lemon" - Gadis Rakam Lauk Kafe Ini Buat Ramai Geleng Kepala

Agak-agak lauk apa tu ya?

Cover image via @nayliamandaa (TikTok) & MyResipi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terdapat banyak makanan di kafe universiti yang disediakan buat para pelajar

Sebagai contoh, banyak lauk yang dimasak untuk memudahkan para pelajar supaya tidak perlu lagi beli makanan di kawasan luar. Tambahan pula, harga yang ditetapkan adalah lebih murah. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video apabila lauk di kafe ini sama seperti minuman di bazar telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@nayliamandaa

Ayam masak blue lemon soda kot

OH MY GOD WHAT IS THAT - Meme God

Rakam lauk ayam blue lemon di kafe universiti

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nayliamandaa  di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam pelbagai jenis lauk kampung di sebuah kafe universiti. 

Apa yang menarik perhatian adalah lauk ayam berwarna biru yang kelihatan sama seperti minuman blue lemon. Dalam lauk itu juga dipaparkan terdapat banyak kepingan lemon dan kuah yang banyak. 

Selain daripada lauk ini, terdapat banyak lagi lauk-lauk kampung lain yang disediakan.

"Kenapa macam air biru yang selalu jual kat pasar malam tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.3M views, 124.9K likes dan 2,028 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat lauk tersebut dan tertanya-tanya apakah jenis lauk itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Musykil admin, ini lauk apa sebenarnya dia masak ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: