[VIDEO] Pak Cik Baik Hati Tawarkan Nak Dukung Anak Dekat Kedai Mamak Buat Ramai Sebak
Comel je tengok pak cik tu pegang baby tu.
Sudah pasti setiap daripada kita menginginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia
Mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan dihiasi dengan cahaya mata yang comel dan sihat. Hari-hari dapat bermain bersama dengan anak-anak dan melihat mereka membesar adalah impian semua.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi seorang pak cik yang ingin mendukung anaknya di sebuah kedai mamak telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tawarkan diri nak dukung baby
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ameeraida di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarganya di kedai mamak sambil mendukung anaknya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia perasan bahawa pasangan suami isteri di meja sebelahnya dilihat tersenyum melihat anak mereka yang dikenali sebagai Aufaa.
Katanya lagi, pak cik tersebut yang membahasakan dirinya "atok" telah menawarkan diri untuk menggendong anaknya sementara dia dan suaminya makan. Dalam video itu, pak cik berkenaan kelihatan amat gembira bermain bersama anaknya dan tersenyum lebar.
Di akhir video itu, mak cik berkenaan mengatakan bahawa sudah masuk lima tahun mereka menunggu cucu namun masih belum dikurniakan rezeki itu.
"Pak cik tu nampak penyayang sangat moga ada rezeki dia timang cucu sendiri, aamiin" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 199K likes dan 1,708 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat pak cik ini memegang bayi tersebut dan mendoakan supaya pasangan pak cik dan mak cik ini dikurniakan cucu serta dimurahkan rezeki.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!