seismik

Rakaman CCTV Sekumpulan Pekerja Wanita Kecoh Keluar Kedai Tapi Sebenarnya Ada Plot Twist

Ingat kan sebab haiwan liar masuk.

Cover image via @delabelcatalog (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakaman litar tertutup atau dikenali sebagai CCTV merupakan peranti yang amat penting

Ini kerana hasilnya dapat dijadikan sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan pihak polis dan memberi maklumat tentang kejadian yang berlaku. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan rakaman CCTV di sebuah kedai telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Kalut keluar kedai tapi sebenarnya nak usha crush

Menerusi video yang dimuat naik oleh @delabelcatalog di TikTok, kelihatan seorang pekerja wanita berbaju merah sedang mop lantai di kawasan pintu kedai di Sabah.

Namun, dia dilihat berhenti apabila ternampak sesuatu menyebabkan dia amat terkejut dan terus memanggil pekerja-pekerja di dalam kedai tersebut. Dalam rakaman litar tertutup (CCTV), dia dipaparkan mengajak mereka untuk keluar sambil tersenyum dan melompat-lompat teruja. 

Hal itu menyebabkan mereka terus meluru keluar kedai dan ada yang sampai berlari dan panjat atas meja sehingga terjatuh untuk melihatnya. Ternyata, tujuan mereka berbuat sebegitu adalah untuk memandang crush yang lalu di hadapan kedai tersebut. 

"Aku ingat ada biawak ke nak masuk kedai tadi hm"- Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.1M views, 62.6K likes dan 1,476 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan sekumpulan pekerja itu dan tidak menyangka ia akan berakhir sebegitu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun ikut terkejut tengok video ini, ingatkan apa lah tadi! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: