seismik

"POV Godzilla Bila Shopping" - Biawak Tiba-Tiba Masuk Kedai Kasut Ini Raih Perhatian Ramai

Tiba-tiba saja masuk.

Cover image via @laniaofficiall (TikTok)

Cuaca panas yang semakin hari semakin membahang menyebabkan banyak haiwan liar mencari tempat untuk berteduh

Oleh itu, terdapat banyak kes haiwan liar yang dijumpai di kedai atau kawasan dalam rumah terpampang di dada-dada akhbar. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seekor biawak masuk ke dalam kedai kasut telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Biawak masuk kedai kasut melalui pintu masuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @laniaofficiall di TikTok, kelihatan seorang pekerja wanita berbaju putih terjumpa seekor biawak yang tiba-tiba sahaja masuk melalui pintu depan kedai tersebut. 

Melalaui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu dilihat amat terkejut apabila dia menyangka pelanggan yang membuka pintu itu namun ternyata seekor biawak. Kejadian tersebut menyebabkan dia terus berlari untuk memanggil bossnya di belakang kedai itu memberitahu tentang hal berkenaan. 

Dalam video itu juga dilihat seorang wanita cuba memanjat meja kaunter untuk merakam insiden itu. Ia tidak terhenti di situ saja apabila biawak itu dipaparkan meluru pergi ke arah kaunter itu menyebabkan kedua-kedua wanita berkenaan terus melarikan diri melalui pintu. 

Namun, dalam video part 2 biawak itu akhirnya berjaya ditangkap oleh kontraktor sebelah kedai kasut itu selepas mengalami pelbagai kesukaran. 

@laniaofficiall

Part 2 Gorgon datang shopping kasut time sale

MALAMPAGI SAIXSE -

"Dia masuk kelam kabut macam ade sales clearance 90%" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 5.9M views, 162.6K likes dan 3,386 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang mendebarkan betul bila tiba-tiba biawak tu masuk, mujur lah semua selamat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: