[VIDEO] Cucu Sulung Menangis Masa Makan Bila Tahu Nenek Meninggal Ini Buat Ramai Sebak
Kehilangan orang tersayang memang perit.
Kehilangan seseorang yang kita sayang sudah pasti tidak mudah untuk menerimanya
Ia juga mampu membuat kita hilang harapan hidup. Bukan setakat sedih, sebak di dada sehingga rasa rindu yang paling sakit. Apatah lagi, kalau kita tidak sempat untuk bertemu mereka buat kali terakhir.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menangis ketika mengetahui neneknya meninggal dunia telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Dapat tahu berita nenek meninggal ketika tamat tempoh latihan tentera
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aslimahmukrim1 di TikTok, kelihatan seorang lelaki warga emas sedang menerangkan sesuatu sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya kepada cucu lelakinya.
Cucunya yang juga seorang tentera darat itu dilihat menjamah makanan di atas tikar dan raut wajahnya seakan-akan berusaha menahan air mata ketika mendengar penjelasan daripada datuknya.
Namun, dia kelihatan tidak dapat menahan sebak dan mengusap air matanya dengan tisu apabila mendapat perkhabaran berita bahawa neneknya telah meninggal dunia. Dalam video itu juga dipaparkan datuknya sedang cuba memujuk dengan mengusap belakangnya.
"Dia dah cuba tahan untuk tak menangis but he's a human being, dia lelaki but still dia ada perasaan. Salam takziah" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 141.2K views, 17.5K likes dan 83 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi lelaki ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!