Pemuda Kongsi Nenek Pakai Gelang Boleh Tengok Gambar Arwah Atuk Ini Buat Ramai Sebak
Sedihnya.
Kehilangan mereka yang tersayang amat memeritkan
Tidak dapat dibayangkan kesakitan merindui orang yang sudah pergi. Hanya mampu melihat gambar saja dan juga berdoa untuk mereka.
Sama seperti dalam sebuah video yang baru-baru ini tular menunjukkan seorang nenek dapat melihat gambar arwah suaminya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dapat gelang kanta gambar nenek dan arwah atuk
Menerusi video yang dimuat naik oleh @faapostropheiz di TikTok, kelihatan seorang individu memberikan satu gelang kepada neneknya sambil merakamnya di suatu kawasan.
Dalam video itu dapat dilihat neneknya cuba melihat gelang tersebut beberapa kali dan ternyata di sebalik gelang itu, terdapat gambar nenek bersama arwah datuknya. Neneknya juga dipaparkan menunjukkan telefon bimbit yang mepunyai gambar berkenaan ke arah kamera.
Difahamkan, arwah datuknya sudah meninggal dunia selama tiga tahun dan neneknya amat merindukannya menyebabkan dia membeli gelang itu untuk dihadiahkan kepada neneknya. Kejadian itu telah menyebabkan neneknya tidak dapat menahan sebak apabila gambar itu.
"Tiba-tiba terfikir kalau nanti kita kahwin tapi pasangan pergi dulu, macam mana lah rasanya. Sanggup kita pergi dulu sebab tak terbayang rasanya" Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 416.3K views, 85.6K likes dan 378 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat neneknya yang amat merindui suaminya dan ada juga yang terharu melihat "cinta sejati" antara mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!