Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Beli Rumah RM35,000 Dan Bayar RM200 Sebulan, Lelaki Terkejut Masih Ada Baki Lepas 17 Tahun

Ada interest ke?

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membeli rumah pada zaman sekarang bukanlah sama seperti membeli rumah pada zaman dahulu

Jika zaman dahulu, harga rumah jauh lebih berbeza dengan sekarang dan semua boleh membelinya. Memang ramai yang memilih untuk menyewa terlebih dahulu daripada membeli.

Walaupun ia adalah perkara yang penting, namun perlu memikirkan jika membeli sesuatu rumah kita perlu bersedia dengan pelbagai kos yang perlu dibayar nanti. Kebiasaannya, hutang rumah ni ada yang sampai 35 tahun bayarannya betul tak?

Berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang berkongsi rasa terkejutnya kerana mengetahui hutang rumah yang dibelinya masih belum selesai.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Kira dah habis bayar, tapi bila semak dekat bank masih ada baki

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan berkongsi pengalaman bagaimana dia terkejut selepas mengetahui bahawa dia masih mempunyai baki pinjaman rumah.

Difahamkan, dia telah membayarnya selama 17 tahun dan kalau ikutkan memang sudah selesai hutang rumahnya itu.

Malah, bukan itu saja dia juga telah mengeluarkan RM11,000 daripada dana persaraan (KWSP) untuk menyumbang kepada pembayaran balik pinjaman.

Bagaimanapun, harapannya untuk menyelesaikan hutang rumah telah mengecewakannya selepas mendapat tahu dia masih mempunyai baki tertunggak sebanyak RM23,271.

"Rumah beli harga RM35K, bayar bulan-bulan RM200 bayar dah 17 tahun. Lepas itu buat pengeluaran KWSP RM11K dan pergi bayar lagi rumah. Tapi bila pergi check dekat bank pelik baki banyak lagi. Kalau kira-kira dah habis bayar dah," tulisnya. 

Lihat perkongsian itu di bawah:

Image via Sayu Kampung (Facebook)

Tips kurangkan hutang atau pinjaman rumah dengan cepat

Untuk pengetahuan anda kita sebenarnya boleh mengurangkan hutang rumah dengan cara membayar lebihan jumlah ansuran ke atas baki prinsipal. Tahukah anda bagaimana ia berfungsi?

Anda mungkin boleh lihat tips di bawah ini tentang cara selesaikan hutang rumah dengan cepat.

Lihat tips itu di bawah:

Image via @afyanIFP (X)

Image via @afyanIFP (X)

Image via @afyanIFP (X)

Image via @afyanIFP (X)

Harap tips perkongsian itu dapat membantu korang ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment