Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

‘Bella Hadid Dipecat Sebagai Duta Dior’ Tak Sahih - Dah Tinggalkan Jenama Itu Sejak Mac?

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan Dior memecat Bella Hadid disebabkan dia menyokong Palestin.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Desas-desus mengenai Bella Hadid diberhentikan sebagai duta Dior disebabkan beliau menyokong Palestin sehingga kini belum dapat disahihkan dan ada yang mendakwa ianya adalah palsu

Baru semalam, tular mengenai beliau ditamatkan kontrak bersama Dior dan digantikan dengan model Israel, May Tager. Berita itu telah tersebar luas di sosial media dan telah mendapat liputan media tempatan dan luar negara.


Bagaimanapun, siasatan kami mendapati khabar angin mengenai berita tersebut sebenarnya telah pun mula menular sejak Mei 2021 lagi

Menurut laporan dailydot.com pada Mei 2021, peminat-peminat bimbang kerana Dior didakwa mengakhiri kontraknya disebabkan beliau pro-palestin yang kemudiannya mencetuskan rentetan tweet viral yang berbaur kemarahan.

Blog tersebut menyatakan bahawa kritikan terhadap Dior timbul sepenuhnya berasaskan desas-desus yang tidak disahkan. Tiada sebarang bukti yang mengesahkan Dior telah mengakhiri hubungannya dengan Bella Hadid.

Pada ketika itu, terdapat sebuah tweet yang menyatakan bahawa kontrak model itu bersama Dior ditarik balik dan alamat keluarganya didedahkan.

Bukan itu sahaja hasil siasatan kami mendapati model itu dikatakan telah pun meninggalkan jenama Dior pada Mac tahun ini

Menerusi laporan beautycrew.com Bella hadid dikatakan telah meninggalkan Dior dan menjadi ambasador baru jenama kecantikan, Charlotte Tilbury.

Artikel tersebut telah disiarkan pada 3 Mac 2023. Berita itu telah diumumkan melalui akaun Instagram charlottetilbury yang mengesahkan perkara tersebut dengan kenyataan "Darlings, the rumour are all true, i am SO thrilled to confirm that Bella Hadid is joining Charlotte Tilbury Beauty!"

Sehingga kini, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada Bella Hadid dan pihak Dior.

Jadi, apa komen anda?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment