Keputusan Tol Percuma Sempena Deepavali Ini Masih Dalam Perbincangan - Kerajaan
Difahamkan, keputusan tersebut akan diumumkan dalam minggu ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan sedang berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubungan pengecualian pembayaran tol sempena perayaan Deepavali yang disambut 12 November ini
"Cadangan yang ingin didengar ahli parlimen, tetapi saya belum lagi buat pengumuman, saya cuma ingin nyatakan cadangan pengecualian tol Deepavali yang disebut YB (Yang Berhormat) Bagan (Lim Guan Eng) sebenarnya kita tahu tentang cadangan itu.
"Tol percuma sedang dalam perbincangan termasuk aspek perkongsian kos dengan syarikat lebuh raya dan kerajaan akan umumkan dalam masa terdekat. Mudah-mudahan ada berita baik. Saya tak boleh buat apa-apa janji tetapi kita tunggu dalam dua, tiga hari ini," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pengumuman mengenai tol percuma bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF), seperti yang dijelaskan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya, dalam menjawab soalan tambahan dari RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat pagi tadi.
Ujarnya, setakat ini, belum ada perbincangan mengenai pelaksanaan tol percuma tersebut. Namun, apabila terdapat pengumuman, ia akan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!