Berdebar Ingat Jodoh Yang Duduk Disebelah, Wanita Pasrah Yang Datang Rupa-Rupanya Anjing
Spoil mood.
Bagi anda yang selalu menaiki pesawat pasti kadangkala berdebar nak tunggu siapalah yang duduk di sebelah kita bukan?
Iyalah, manalah tahu orang sebelah itu boleh menjadi kawan atau jodoh kita ke kan? Tambah lagi, kalau dia ramah. Memang hilang rasa bosan bila duduk seorang.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang influencer berkongsi momen lucu ketika rakannya sedang berdebar menantikan siapakah yang duduk di sebelahnya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ingat dapat jodoh, rupa-rupanya lain yang sampai
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka sedang berada dalam sebuah pesawat untuk bercuti ke Turki.
Rakannya itu dilihat duduk bersendirian dan berdebar menantikannya kerana berfikir mungkin seorang lelaki Turki yang akan duduk di situ.
Namun, penantian itu berakhir apabila seorang wanita datang menghampirinya sambil membawa anjing dan memberitahu ingin masuk ke tempat duduk tersebut.
Situasi itu membuatkan rakan-rakannya yang lain tergelak kerana tidak menyangka ia akan berlaku sedemikian rupa.
Image via @zarolzarif (TikTok)
"Hahahahaha kesian maksom terkejut dia" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 196.3K likes dan 4,192 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @zarolzarif (TikTok)
Image via @zarolzarif (TikTok)
Image via @zarolzarif (TikTok)
Image via @zarolzarif (TikTok)
Image via @zarolzarif (TikTok)
Aduhai, lain yang diharap lain pula yang sampai :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment