Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Betul Ke Tak Boleh Puasa Sunat Enam Pada Hari Sabtu & Ahad? Ini Penjelasannya

Semoga bermanfaat.

Cover image via Kapanlagi Plus

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai mula berpuasa enam selepas menyambut syawal untuk mengejar pahala berganda

Menurut sebuah hadis:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun".

Namun, ada yang berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad tanpa tahu sama ada ianya makruh atau tidak.

Menurut laporan Sinar Harian, pendakwah yang juga penulis buku kerohanian, Muhammad Zulhusni Mohd Zaki atau lebih dikenali sebagai Muzuza mengingatkan bahawa makruh berpuasa sunat pada hari Sabtu sahaja.

Image via CNN Indonesia

Sekiranya ia melibatkan puasa ganti atau nazar, kitab Al-Majmu’ menyebut, tidak lagi dimakruhkan melakukan ibadah berkenaan pada hari Sabtu dan Ahad

Beliau kemudian mengemukakan hadis Rasulullah SAW yang mana Baginda bersabda:

"Janganlah kamu berpuasa semata-mata pada hari Sabtu melainkan apa yang telah Allah fardukan ke atas kamu. Jika seseorang daripada kamu tidak mendapati pada hari apa-apa makanan melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah ia memamahnya supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu" - Hadis Riwayat Abu Daud.

Begitu juga dengan berpuasa semata-mata pada hari Ahad. Ia diqiaskan dengan hadis yang sama. Ini kerana, menurut kitab Mughni al-Muhtaj, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Image via Canva

"Jika ingin tunaikan puasa sunat enam (pada hari berkenaan), ia dibolehkan, tetapi lebih baik andai kita ingin berpuasa enam pada hari Jumaat.

"Kemudian diteruskan sehari lagi iaitu hari Sabtu untuk lebih meraikan pandangan bahawa makruh berpuasa pada hari Jumaat semata-mata melainkan berpuasa pada hari Khamis dan Sabtu.

"Ulama menyatakan bahawa hukum berpuasa pada hari Jumaat semata-mata adalah makruh. Mudah kata, jika kita berpuasa pada hari Khamis atau pada hari Sabtu, maka dibolehkan berpuasa pada hari Jumaat," jelasnya.

"Begitu juga tidak makruh bagi mereka yang mengerjakan puasa sunat Nabi Daud (puasa selang seli antara berpuasa sehari dan berbuka sehari) atau tidak makruh juga mereka yang mengerjakan puasa qada atau puasa nazar. Demikian pandangan yang dinukilkan dalam kitab Nihayatul Muhtaj," katanya lagi.

Berbaki beberapa hari lagi sebelum syawal melabuhkan tirai, selamat berpuasa dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment