Madinah Dilanda Bah Teruk, Banyak Sekolah Terpaksa Ditutup Selepas Dibanjiri Hujan Lebat
Banyak kenderaan tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak Isnin lalu, Arab Saudi dilanda bah teruk sehingga menyebabkan beberapa jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup
Menurut laporan Sinar Harian, banjir kilat yang melanda wilayah Al-Ula dan Madinah mengakibatkan banyak kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) telah mengeluarkan amaran tahap merah di wilayah Madinah sambil meramalkan hujan lebat dan ribut petir, angin kencang dan hujan batu turut berlaku di Al-Ula pada Isnin lalu.
Pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa menutup sekolah di beberapa wilayah ketika banjir kilat membanjiri jalan raya. Manakala, sekolah-sekolah di Wilayah Timur dan Riyadh juga terpaksa membatalkan pembelajaran dan beralih ke kelas dalam talian.
Difahamkan, bencana itu berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman baru-baru ini
Banjir yang berulang di bandar tersebut berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan. Menurut laporan Berita Harian, ribut hujan dan banjir tidak pernah berlaku di Arab Saudi, terutamanya pada musim sejuk.
Namun begitu, masalah sedemikian sering berlaku di Jeddah, bandar pelabuhan di pantai Laut Merah, di mana penduduk sudah lama berhadapan infrastruktur yang buruk.
Sebuah rakaman yang dikongsi di laman TikTok menunjukkan hujan lebat melanda berhampiran kawasan Masjid Al-Nabawi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!