Datuk Bandar Ipoh Umum Bakal Lancarkan Aplikasi Penstriman TV Digital Setanding Netflix
Wow, menarik ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak lama lagi, Ipoh akan membangunkan aplikasi penstriman televisyen digital yang akan mempamerkan pelbagai filem dan siri sama seperti konsep Netflix
Menurut laporan Ipoh Echo, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin menyebut idea ini akan direalisasikan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sebuah syarikat di bawah arahan pembikin filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Jelasnya, cadangan dan konsep itu berkemungkinan akan dilaksanakan mulai tahun ini.
"Kami menyasarkan untuk melonjakkan industri kreatif ini di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu. Pada pandangan saya, saya mahu mencipta sesuatu seperti Netflix.
"Ia akan menjadi format TV digital kerana ini adalah masa depan untuk industri, dan kami bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki.
"Sebelum ini, Ipoh diiktiraf sebagai UNESCO Creative City of Music (UCCN). Akan ada tujuh bahagian dalam aplikasi itu termasuk satu bahagian untuk jualan barangan," katanya.
Selain itu, aplikasi tersebut akan menggunakan pendekatan yang serupa dengan perkhidmatan penstriman lain, di mana caj akan dikira berdasarkan jenis kandungan yang ditonton.
"Sebagai contoh seperti Astro, anda membayar yuran bulanan. Tetapi konsep yang ingin kami perkenalkan ialah, contohnya, membayar RM1 untuk satu filem.
"Bagaimanapun, konsep itu masih dalam perbincangan termasuk filem yang akan diketengahkan. Mari kita mulakan dahulu, saya sentiasa membayangkan Ipoh akan menjadi seperti Bollywood, memandangkan industri kreatif yang berkembang pesat di sana," katanya lagi.
Sebelum ini, Datuk Afdlin yang juga mempengerusikan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), mengadakan perbincangan dengan Datuk Rumaizi berhubung industri digital dan penyiaran sempena pengiktirafan Ipoh sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO untuk muzik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!