seismik

Hidap Kanser Tulang Sejak Umur 15 Tahun, Hasrat Gadis Ingin Jejak Kaki Ke KLCC Tertunai

Difahamkan, dia terpilih sebagai penerima Petronas 50 Dreams untuk kunjungan ke KLCC.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hasrat seorang pesakit kanser tulang untuk menjejakkan kaki ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) akhirnya tertunai apabila dia dibawa ke Aquaria KLCC baru-baru ini

Menurut laporan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zulkefli, 17 terpilih sebagai penerima Petronas 50 Dreams untuk kunjungan ke KLCC termasuk Aquaria KLCC, SURIA KLCC, Dek Pemerhatian tingkat 86 KLCC dan penginapan satu malam dan makan malam di hotel 5 bintang KLCC pada Sabtu lalu.

Difahamkan, anak yatim dari Kampung Air Papan, Batu Melintang, Jeli itu menghidap kanser tulang paha kanan di tahap dua sejak dua tahun lalu.

Image via Sinar Harian

"Saya bercita-cita untuk menjadi doktor dan sangat berminat dengan dunia sains terutamanya kehidupan laut tetapi tidak pernah pun bermimpi untuk menjejakkan kaki ke KLCC.

“Petronas membantu saya untuk mencapai impian yang tak tahu bila-bila akan dapat dicapai sendiri, terima kasih Petronas," katanya.

Menurut Siti Zubaidah, dia sakit paha selama sembilan bulan dan menyangkakan hanya sakit urat biasa. Namun, selepas mengetahui ia adalah kanser, dia menjalani rawatan kimoterapi.

Siti Zubaidah kematian ibu kandung sejak dia berusia sembilan bulan dan diserahkan kepada ibu bapa saudaranya untuk dijaga.

Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian

Siti Zubaidah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia juga terpaksa berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) untuk pemeriksaan susulan

Dalam pada itu, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, selain menunaikan impian Siti Zubaidah untuk melawat KLCC, Petronas juga akan membantu menyediakan pengangkutan untuk remaja itu berulang-alik ke hospital.

"Kami berharap sumbangan ini akan memudahkan urusan Siti Zubaidah menjalani rawatan di samping itu, lawatan ke Kuala Lumpur akan menceriakan mereka sekeluarga," katanya.

Semoga adik Siti Zubaidah cepat sembuh dari penyakit kanser tulang. Amin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: