Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bibik Terjatuh Sampai Tangan Patah, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Terharu

Sedih betul dia ya.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Budak-budak senang membentuk hubungan rapat dengan orang yang menjaganya sejak kecil lagi

Selain ibu bapa dan keluarga, pembantu rumah atau sering dipanggil sebagai bibik juga boleh menjadi antara insan yang istimewa buat mereka. Hal ini kerana mereka banyak meluangkan masa bersama.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki yang sedih apabila pembantu rumahnya patah tangan telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedih sangat tengok keadaan ‘mak’ sampai bergenang air mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shazreeyana.shukri di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki memasuki rumah lalu melihat keadaan pembantu rumahnya yang patah tangan akibat terjatuh di tandas.

Apa yang membuat netizen terharu adalah apabila budak lelaki itu menunjukkan reaksi yang menyedihkan. Sampai bergenang air mata dia ketika melihat tangan bibik yang dibalut itu.

Di ruangan kapsyen, pemilik video yang merupakan ibu kepada budak lelaki tersebut sempat berkongsi bahawa anaknya sangat menyayangi pembantu rumahnya itu kerana dia telah menjaganya sejak bayi lagi. Malah, anaknya turut memberi gelaran mak kepada pembantu rumahnya itu.

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

“Masa dia panggil mak tu, menitik air mata wehhhh” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu melihat reaksi budak lelaki tersebut. Malah, ramai juga yang memuji ibu bapanya kerana mendidik anak sehingga menjadi seorang yang begitu penyayang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 181.6K likes dan 3.9k comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Image via @shazreeyana.shukri (TikTok)

Alahai, tengok reaksi dia macam tu rasa sebak lah pula :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment