Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bingung Motosikal Kena Double Park, Tapi Cara Lelaki Ini Alihkan Pula Buat Ramai Tertanya

Lawak weh!

Cover image via @anthraxxxx (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah melalui situasi apabila kena double park kereta lain bukan? Rasa nak marah je bila berdepan masalah begini

Kebiasaannya orang yang akan double park itu akan meletakkan nombor telefon mereka pada bahagian dashboard. Tetapi bukan semua ada common sense melakukan perkara sebegitu.

Ada kalanya mereka meninggalkan kereta dalam keadaan double park dengan tarik hand brake lagi! Memang menyakitkan hati.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki berdepan situasi sama kerana motosikalnya dihalang oleh sebuah kereta mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bingung cuba keluarkan motor banyak kali tak lepas, tapi lain yang dibuat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berada dalam keadaan seperti bingung kerana motosikalnya dihalang oleh sebuah kereta di tempat parking.

Dia malah dilihat berkali-kali cuba untuk membawa keluar motosikal itu daripada ruang yang kecil, sehingga dia juga ada mengukur lebarnya.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas beberapa kali mencuba perkara yang sama, lelaki itu akhirnya bertindak dengan mengangkat kereta tersebut sedikit ke tepi dan dia kemudian berjaya mengeluarkan motosikalnya itu.

Image via @anthraxxxx (Twitter)

Image via @anthraxxxx (Twitter)

"Cara dia ukur macam Mr Bean ukur nak tebuk dinding dapur" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu cuba mengeluarkan motosikalnya.

Malah, ramai yang berpendapat dia seorang yang sangat kuat kerana mampu mengangkat kereta itu seorang diri. Ada juga yang terntanya-tanya mengapa dia tidak cuba menolak kereta tersebut dulu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 431.7K views, 9,788 retweets dan 12.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kuat betul dia boleh angkat kereta macam tu je ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment