seismik

Wanita Ini Cemas Tiba-Tiba Ada Darah Menitik Pada Enjin Kereta, Tak Sangka Rupa-Rupanya...

Takutnya!

Cover image via @adilakaman (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kenderaan seperti kereta memudahkan kita untuk bergerak ke mana-mana saja

Oleh itu, kita perlu menjaga kereta sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak dingini

Tidak dapat dinafikan lagi, salah satu perkara yang ditakuti setiap kali memandu adalah apabila terjumpa haiwan yang tiba-tiba menumpang di dalam kereta. Memang seram bukan?

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila perkongsiannya di Twitter viral kerana dia tiba-tiba menjumpai titisan darah mengalir di bahagian enjin keretanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut lihat darah menitik pada bahagian enjin kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Adila itu berkongsi detik cemasnya apabila dia terbau bangkai dan menunjukkan darah menitik dari enjin kereta miliknya.

Menurutnya, dia sudah tengok pada bahagian depan keretanya untuk memastikan sama ada dia terlanggar sesuatu, tetapi tiada apa-apa kesan. Dia kemudian menelefon beberapa orang untuk menerima bantuan.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu rupa-rupanya darah yang menitik itu adalah bangkai ular sawa yang besar sehingga dia sendiri tidak sanggup melihat haiwan itu keluar dari keretanya.

Lihat penuh sambungan video itu di bawah:

"Darah masih menitik, baru mati je tu. Maknanya masa drive tadi dia masih hidup!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut selepas melihat video tersebut.

Malah, ramai tidak menyangka bahawa darah yang menitik itu adalah ular sawa yang besar berada di keretanya. Ada juga yang merasa sangat takut selepas melihat insiden itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 279.8K views, 11K retweets dan 8,584 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Serius rasa seram bila tengok benda-benda macam ni kalau terjadi sendiri dekat kita :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: