Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bomba Guna Dua Anjing K9 Kesan Kanak-Kanak Lelaki 19 Bulan Yang Dikhuatiri Hilang

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat lebih terarah ke kawasan parit.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang dikhuatiri hilang memerlukan khidmat dua anjing pengesan dari Unit K9

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata dua anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sudah biasa dalam situasi mengesan orang hilang.

"Dua anjing itu sudah biasa digunakan untuk mengesan orang hilang dan diharapkan khidmat K9 itu nanti dapat memberi petunjuk.

"Setakat ini pencarian membabitkan radius dua kilometer dari rumah keluarga mangsa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh," katanya.

Image via Harian Metro

Misi pencarian lebih terarah kepada kawasan parit di hadapan rumah nenek mangsa

Menurut Zulkifli, perkara ini adalah berikutan ibu kanak-kanak terbabit yang sering membawanya ke parit berkenaan untuk bermain air namun tidak menolak kemungkinan mangsa memasuki kawasan hutan sekitar.

"Seramai 20 pegawai dan anggota BBP Tanah Merah terbabit dalam operasi ini dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Cuaca di lokasi yang sesekali hujan agak memberi cabaran untuk misi pencarian namun operasi tetap berjalan dengan baik," katanya.

Kanak-kanak yang baru berusia 19 bulan tersebut, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi telah dilaporkan hilang apabila tidak ditemukan di dalam rumah di Kampung Aira Kuala Tiga sekitar jam 7.20 malam tadi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment