"Syukur" - Boss Sanggup Hadiahkan Kereta Kepada Pekerja Warga Indonesia Ini Raih Perhatian
Boss balas budi kepada pekerja yang rajin.
Memiliki bos yang baik hati sudah menjadi impian setiap pekerja
Bos yang memahami dan sentiasa ingin membalas budi baik pekerja akan disayangi setiap pekerjanya. Dengan ini, pekerja juga jadi lebih bermotivasi dan gigih dalam menggalas tanggungjawab yang sedia ada.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bos menghadiahkan kereta kepada pekerjanya sebagai tanda terima kasih telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hadiahkan kereta Proton Saga kepada pekerja untuk balas budi baiknya
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga dan seorang lelaki yang merupakan pekerja mereka sedang berada di pusat pembelian kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bos sanggup membeli dan menghadiahkan sebuah kereta berjenama Proton Saga kepada pekerjanya.
Pekerjanya itu dilihat tidak mampu berkata apa-apa kerana terharu. Dia juga kelihatan sangat bersyukur mempunyai bos yang begitu baik. Pada akhir video, dia memeluk kereta itu dengan rasa sebak kerana tidak pernah menyangka akan dihadiahkan kereta daripada bosnya.
Difahamkan, pekerjanya itu merupakan warganegara Indonesia. Disebabkan warga asing tidak dapat membuat pinjaman untuk membeli kereta, bosnya bertindak untuk membeli dan menghadiahkan atas nama pekerja itu.
Image via @viviproton (TikTok)
"Baiknya bos ni, tahniah dan beruntung awak dapat bos mcm ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 81K tontonan, 4K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @viviproton (TikTok)
Image via @viviproton (TikTok)
Image via @viviproton (TikTok)
Syukur dapat bos baik, lagi rasa semangat nak kerja :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment