seismik

[VIDEO] Nervous Masa Akad Nikah, Wali Tersalah Sebut Nama Ayah Pengantin Ini Bikin Dekah

Tersalah pengantin nanti kang!

Cover image via @apexpetai95 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari pernikahan merupakan hari yang paling gementar buat pasangan pengantin

Iyalah, ingin melafazkan akad yang lancar untuk menjadi hubungan suami isteri yang sah setelah lama merancang. Ramai kita lihat yang akan gugup atau nervous semasa upacara akad nikah terutamanya pengantin lelaki. 

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila ayah mentua pengantin lelaki pula yang gugup telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@apexpetai95

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar #akadnikah #nikahmuda #fypnikahmuda

Laxed - Jawsh 685

Wali tersalah sebut nama 'ayah' pengantin lelaki semasa akad nikah

Menerusi video berkenaan, kelihatan upacara akad nikah sedang berlangsung di rumah pengantin perempuan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja wali menyebut akad, pengantin lelaki cepat-cepat tegur kerana wali tersalah sebut nama ayahnya.

"Eh tu nama ayah saya", kata pengantin lelaki. 

Perkara itu berlaku disebabkan ayah mentua yang menjadi wali itu gugup dan nervous. Situasi itu membuatkan satu rumah tergelak mendengarnya. 

"Cepat dia sedar hahaha risau dapat mak tiri pulak nanti" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 349K tontonan, 23K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib dia cepat sedar, tak pasal-pasal ayah dia kahwin free :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: