seismik

[VIDEO] Batang Besi Atas Lori Melayang Hingga Tembus Cermin Kereta Ini Buat Ramai Ngeri

Nasib baik seat penumpang memang tak ada orang.

Cover image via @IniAlalalannn (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap pengguna jalan raya perlu patuh dengan peraturan jalan raya yang ditetapkan

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kadangkala, kemalangan boleh terjadi akibat kecuaian pihak pemandu itu sendiri. Bukan setakat itu, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang pemandu berhadapan dengan situasi genting di atas jalan raya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Batang kayu atas lori melayang sampai tembus cermin kereta belakang

Menerusi video berkenaan, kelihatan video memaparkan dashcam kereta yang dipandu oleh seorang pemuda di atas jalan raya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebatang besi yang berada di atas lori tiba-tiba melayang dan tembus ke cermin seat penumpang kereta yang dipandu di belakang lori itu. 

Berikutan itu, cermin kereta itu retak dengan perlahan-lahan. Batang kayu itu tembus sehingga tempat duduk penumpang. Mujur tempat itu tiada penumpangnya. Perkara ini sangat membahayakan. 

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

"Aku tengok video pun kepala aku dah mengelak sendiri bila nampak batang besi tu melayang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 900K views, 9K retweets, 1K quote tweets dan 10K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bahaya betul, patut kena saman kalau macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: