"Malu Nak Naik" - Budak Perempuan Tak Sanggup Naik Kereta Lama Ayah Ini Jadi Perhatian
Kecil-kecil dah pandai!
Kereta merupakan kenderaan yang menyenangkan rutin harian manusia
Dengan adanya kenderaan seperti kereta, mudah untuk kita bergerak ke seluruh destinasi. Kereta juga boleh memuatkan seisi keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan malu untuk menaiki kereta lama ayahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malu tak nak naik kereta lama ayah sebab buruk
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang merajuk dan telatahnya itu dirakam ibunya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak perempuan itu dilihat muka monyok kerana tidak sanggup menaiki kereta lama Proton Iswara ayahnya itu. Dia juga kelihatan malu apabila dirakam ibunya semasa berada di dalam kereta itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Belajar rajin-rajin ya dik, nanti adik dah berjaya beli kereta besar, bawa mak ngan ayah adik ya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 272K tontonan, 18K tanda suka dan 280 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shafina.nabilah (TikTok)
Image via @shafina.nabilah (TikTok)
Image via @shafina.nabilah (TikTok)
Image via @shafina.nabilah (TikTok)
Pandai memilih ya, adik belum rasa lagi ni bayar duit kereta bulan-bulan :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment