"Housemate Dari Neraka" - Niat Nak Basuh Baju, Sekali Nampak Boxer Penuh Tahi Dalam Mesin
Tak ada common sense.
Serumah dengan orang yang tidak dikenali sememangnya tidak mudah
Kalau sewa bilik atau rumah, sudah tentu akan mencari beberapa orang housemate untuk tinggal bersama. Tidak dinafikan, perlu sedikit masa untuk berkenalan dengan kawan-kawan yang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang pemuda meluahkan perasaan marah kerana perangai housematenya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak basuh baju sekali terjumpa boxer dan tahi dalam mesin
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang meluahkan perasaan berangnya di akaun Twitter.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pemuda itu ingin membasuh baju di dalam mesin basuh, dia ternampak sehelai boxer housematenya yang penuh tahi di dalamnya. Pemuda itu juga dilihat mengadu keadaan tandas mereka yang kotor.
"Mungkin dia rasa tahi tu soluble dalam air kot" - Netizen
Susulan tularnya posting yang tular sehingga meraih 3K retweets, 800 quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut pelik dengan perangai housematenya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!