"Play Victim" - Sedih Tak Jadi Nikah, Rupa-Rupanya Bakal Isteri Nak Mas Kahwin Geran Rumah
Boleh pula dia plot twist cerita sebenar.
Hari pernikahan merupakan hari bahagia yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan
Pelbagai perancangan telah dilakukan untuk menyempurnakan majlis persadingan yang bakal diadakan. Antaranya termasuk persiapan baju, tempahan dewan, undangan, baju bridesmaid, doorgift dan macam-macam lagi.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita berkongsi kisah sedihnya apabila dia tidak jadi menikah gara-gara bakal suaminya memilih wanita lain telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
3 hari sebelum menikah, dapat berita bakal suami akan menikah dengan wanita pilihan orang tuanya
Menerusi video berkenaan, kelihatan bakal pengantin perempuan itu merakam momen persiapan sebelum pre-wedding.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia siap menunjuk dia dan pasangan fitting baju. Dia juga telah mempersiapkan baju untuk bridesmaid. Tidak dilupakan juga dengan kad undangan yang telah diberikan kepada para tetamu.
Namun begitu, dia menerima khabar bahawa bakal suaminya akan menikah dengan wanita lain 3 hari sebelum hari pernikahan mereka. Dia dilihat membakar semua kad undangan dan foto-foto pre-wedding.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila bakal pengantin lelaki tampil untuk memberikan keterangan dan situasi sebenar. Rupa-rupanya, pengantin lelaki menegaskan bahawa video itu tidak benar.
Ternyata, 3 hari sebelum hari penikahan pihak perempuan meminta mas kahwin 1 geran rumah. Pihak lelaki memutuskan untuk tidak memberi apa-apa. Lantas, perkara itu menyebabkan pernikahan mereka terbatal.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 16M tontonan, 724K tanda suka dan 57K komen di TikTok
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap pengantin perempuan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!