seismik

Selamatkan Anak Dibaham Buaya Tapi Gagal, Perakam Macam Tak Bersimpati Tuduh Tindakan Ayah

Tak kesian langsung cakap macam tu.

Cover image via @sekadar_suka2 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, satu tragedi menyayat hati antara ayah dan anak telah berlaku di Lahad Datu, Sabah

Tragedi perit itu berlaku apabila seorang ayah ingin menyelamatkan anaknya selepas dibaham buaya di dalam laut.

Namun, malangnya lelaki itu dilihat tidak berjaya menyelamatkan anaknya setelah berkali-kali bergelut dengan reptilia tersebut. Gambar yang dimuat naik memaparkan si ayah mempunyai kesan luka yang dipercayai gigitan buaya semasa pergelutan.

Lihat posting itu di bawah:

Dia sedih meratapi kehilangan anaknya, tetapi perakam dilihat tidak bersimpati

Menerusi video yang tular di TikTok pula, si ayah itu dilihat berdiam diri duduk sambil termenung ke arah lautan yang luas.

Dia dilihat mengambil sebatang rokok untuk menenangkan dirinya. Dia kemudian berceritakan situasi berkenaan dalam dialek Sabah kepada si perakam. 

Namun, perakam dilihat tidak bersimpati apabila dia berkata "Siapa suruh kau lari tadi, kan dah kena makan buaya". Ayat perakam itu membuatkan hati si ayah luluh terus terduduk meratapi kepergian anaknya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Yang cakap tu, hati gelap ke apa, orang tu hilang anak bukan hilang selipar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 26K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kata-kata si perakam.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak berhati perut betul cakap macam tu, kita doakan supaya pak cik itu diberikan kekuatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: