Bukan Sebab 'Darah Manis', Ini 6 Perkara Mengapa Anda Sering Digigit Nyamuk
Patutlah.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa diri anda sering digigit nyamuk kan?
Nak kata tempat bersepah, tak ada pula. Malah ramai yang sering bergurau dengan mengatakan darah anda mungkin 'manis' dan sebab itu ia mengigit.
Siapa yang tidak rimas jika nyamuk asyik menghurung muka atau anggota badan? Rasa nak marah saja dan boleh rosakkan mood.
Namun, tahukah anda sebenarnya ada 6 sebab mengapa anda sering digigit nyamuk. Ikuti perkongsian dari Dr. Samhan ini di bawah.
Image via @DoktorSamhan (Twitter)
1. Darah jenis O
Image via Selangor Kini
Jenis darah tertentu lebih manis daripada lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya dengan darah jenis A.
2. Individu bertubuh besar
Image via Malaysia Kini
Mungkinkah? Menurut kajian, ia kena-mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka & ia boleh dikesan dari 50 meter jauh.
Jadi lebih besar tubuh badan anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan dan besarlah peluang untuk digigit.
3. Wanita hamil
Image via Relevan
Menurut satu kajian di Afrika, wanita hamil 2 kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk juga atas sebab mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida.
Malah dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21% lebih banyak gas tersebut berbanding wanita biasa.
4. Individu sedang bersenam
Image via Parenting
Nyamuk tertarik dengan asid laktik, kompaun yang dikesan dalam peluh. Selain itu, senaman juga juga meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
5. Memakai pakaian gelap
Image via Suara
Ini logik paling asas, di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian anda juga memberi indikasi yang serupa.
Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan, “Nyamuk sukar terbang dalam angin jadi mereka lebih memilih untuk berpusat di dataran. Persekitaran gelap membuatkan mereka lebih selesa.”
6. Individu kuat berpeluh
Image via The Diagnosa
Asid tertentu dalam tubuh badan seperti laktik dan urik serta kolesterol mempunyai kandungan steroid yang tinggi.
Ia juga menarik nyamuk kerana orang jenis ini mempunyai kadar metabolisme tinggi selain memproses kolesterol lebih cepat dari yang lain.
Oh, baru tahu. Patutlah banyak kali kena gigit nyamuk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment