"Bukan Marketing" - Pemilik Butik Tampil Jelas Kenapa Ambil Kubur Kristian Sebagai Lokasi
Apa pendapat korang?
Baru-baru ini telah viral di laman sosial beberapa gambar ‘pengantin’ yang diambil di kawasan tanah perkuburan Kristian
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Menurut laporan Harian Metro, pemilik butik, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut yang semakin hangat diperbualkan di media sosial.
Dia turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan perkara itu ketika diminta untuk mengulas mengenai gambar seorang model wanita yang bergambar di tepi kubur bukan Islam dan dimuat naik di laman Facebook miliknya baru-baru ini.
Gambar tersebut telah mengundang kemarahan warganet dan mereka juga kurang senang dengan tindakan jurugambar dan model yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam selepas berbuat sedemikian.
Tonton video pemohonan maaf secara terbuka di bawah:
Dia turut mengatakan bahawa dia menerima kritikan warganet dengan hati yang terbuka dan mengakui kesilapan berpunca dari dirinya sendiri dan meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan model itu.
Gambar-gambar tersebut telah tersebar luas di laman Twitter dan ramai warganet turut memberi reaksi kurang senang terhadap perkara yang terjadi
Malah, ada juga yang berkongsi bagaimana gambar-gambar tersebut diambil oleh jurugambar yang dikatakan keterlaluan.
Lihat video di bawah:
Bila ditanya mengapa pilih lokasi kubur Kristian sebagai lokasi penggambaran, ini jawapannya...
Menurut laporan, wanita itu telah menjelaskan mengapa mereka memilih untuk mengambil gambar di tanah perkuburan orang Kristian adalah kerana ingin mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.
“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama. Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan," katanya.
Image via Facebook
Isu hangat ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu PU Amin yang melontarkan pendapatnya
Isu ini memang sedang hangat diperbualkan. Ramai yang menganggap bahawa perkara ini sedikit sebanyak telah melahirkan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam.
Walau bagaimanapun, pihak kami berharap supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa menyentuh apa-apa perkara atau isu berkaitan sensitiviti dan agama.
Apa pendapat anda mengenai isu ini? Boleh suarakan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment