seismik

[VIDEO] Tanah Runtuh Dahsyat Dirakam Di Genting Highlands, 200 Orang Dipercayai Terkandas

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Cover image via Twitter @OscarTooNewsMPB

Semalam, viral satu video di laman Twitter yang memaparkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong

Memetik laporan Berita Harian, runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat kira-kira jam 5 petang tadi mengakibatkan laluan utama menuju ke sebuah hotel dan pangsapuri servis di situ, terputus.

Turut sama terkandas adalah 200 orang kakitangan dan penghuni hotel serta pangsapuri yang terperangkap kerana bencana alam tersebut. 

Dalam pada itu, keadaan dilaporkan tidak serius dan tiada kemalangan jiwa atau harta benda dilaporkan

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani memaklumkan segera menghantar anggota ke kawasan kejadian sejurus menerima laporan.

“Kita dapati berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Jalan Genting ke Amber Court yang mana tanah runtuh menutupi keseluruhan laluan berkenaan, namun ia tidak membabitkan laluan utama ke pusat pelancongan Genting Highlands.

“Tiada kemalangan jiwa atau harta benda dilaporkan dan kita masih jalankan pemantauan.

“Keadaan terkawal namun laluan di situ ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Image via Berita Harian

Tambahnya lagi, laluan berkenaan masih lagi belum dibersihkan sepenuhnya dan masih lagi berisiko

"Setakat ini masih ada pergerakan tanah dan arus air jadi kita terpaksa iring pelancong yang hendak ke premis berkenaan dan juga yang akan keluar.

"Selain itu, kerja-kerja pembersihan masih lagi belum sempurna dan masih lagi dilakukan.


"Itu pun bergantung juga kepada keadaan cuaca. Jika berlaku hujan lebat dan pergerakan tanah yang serius kita akan hentikan operasi serta-merta dan tidak membenarkan mana-mana individu melalui laluan ini," katanya kepada Astro Awani. 

Setakat ini tiada kenderaan dibenarkan melalui laluan tersebut dan ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Image via Astro Awani

Untuk pengetahuan, insiden tersebut merupakan kejadian pertama berlaku membabitkan tanah runtuh yang serius di kawasan peranginan tanah tinggi terkenal itu

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Masih ingat peristiwa ini tahun lepas?

You may be interested in: