Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Raih Perhatian Warganet Di Media Sosial, Ini Bukti Perodua Myvi Boleh ‘Terbang’

Myvi the best!

Cover image via Carlist.my (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perodua Myvi pernah dikatakan antara kereta yang paling legend di Malaysia

Kereta ini dilabelkan legend oleh masyarakat gara-gara kemampuannya yang sering beraksi di atas jalan raya.

Kisah dan berita mengenai kereta Perodua Myvi ini kadang kala tidak masuk akal, sehinggakan suatu ketika dahulu ramai menggelarkan kenderaan ini sebagai 'kereta terbang'!

Tular baru-baru ini video di Facebook apabila sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih didapati 'terbang' melepasi sebuah longkang yang besar di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Lihat video penuh di bawah:

Myvi tersebut terbang untuk elak terjunam ke dalam longkang yang besar

Kereta yang dipandu pasti berada dalam kelajuan yang tinggi. Sebab itu Myvi boleh melepasi longkang sebesar ini. Myvi tersebut bernasib baik kerana tidak jatuh menjunam ke dalam longkang, jika tidak, keadaan dan situasi akan menjadi lebih teruk. 

Difahamkan juga bahawa pemandu yang tersepit telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Image via VOCKET Car Club (Instagram)

Image via VOCKET Car Club (Instagram)

"Dulu tak berapa percaya, sekarang betul la, kita dah ada kereta terbang, mungkin tengah test drive tu..." - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat insiden tersebut. Malah, ramai juga yang memuji kebolehan kereta tempatan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 6K likes, 1K comments dan 3.3K shares di Facebook.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Carlist.my (Facebook)

Image via Carlist.my (Facebook)

Image via Carlist.my (Facebook)

Myvi memang tak pernah mengecewakan kita! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel yang menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment