seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Jadi Viral Lepas Minta 'Ex-Girlfriend' Teman Semasa Hari Nikahnya. WTF!

Siap pegang tangan?

Cover image via @amendhavhiemantha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, bukan semua pasangan kekasih mempunyai jodoh yang panjang

Memang susah untuk menerima kenyataan kalau hubungan itu sudah lama terjalin tetapi putus di tengah jalan. Namun begitu, perkara tersebut bukanlah menjadi satu sebab untuk kita melampaui batas.

Pernah dengar 'know your boundaries'? Tak kisahlah lelaki atau perempuan, jika dalam sesuatu hubungan pastikan masing-masing sedar diri dan tahu batas.

Berbeza dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi kisahnya yang menemani dan menghantar ex-boyfriend ke pernikahan lelaki itu.

Lihat video penuh di bawah:

Lelaki berkenaan meminta bekas kekasihnya untuk menghantar dan menemani semasa akad nikah

Disebabkan gadis itu masih sayang kepada lelaki tersebut, dia merelakan diri untuk menemani dan hadir semasa akad nikah lelaki berkenaan. 

Gadis itu juga mengatakan bahawa dia masih sedih dan tidak sanggup untuk memulakan hubungan baru dengan lelaki lain. Lebih-lebih lagi, gadis itu masih sayangkan bekas kekasihnya. 

"Maybe jodoh dia sampai dulu, and I hope one day my turn pulak, get well soon for my heart", katanya.

Gadis itu juga mendoakan pasangan pengantin tersebut bahagia dunia dan akhirat. 

"Panas je tengok, boleh pulak pegang tangan ex sebelum akad nikah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih sebanyak 2K retweets, 2K quote tweets dan 2K likes di Twitter.

Rata-rata netizen berpendapat perbuatan mereka berdua salah dan telah melampaui batas. Bayangkan apa perasaan kalau isteri lelaki itu tengok video tersebut?

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen:

Harap-harap lah ada plot twist, this is so wrong! Jaga boundaries dan jaga hati partner :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: