seismik

"Saya Nak Beli Cincin Untuk..." - Remaja Lepasan SPM Ini Viral Belanja RM500 Di Kedai Emas

Baiknya adik ini!

Cover image via Kelantanese (Facebook) & Kedai Emas Wan Jewellery (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cincin emas merupakan salah satu barang kehendak yang digemari oleh para wanita

Hal ini kerana cincin emas bukan sahaja boleh dipakai malah boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Seperti mana yang kita tahu, emas mempunyai harga yang tinggi berbanding perak. 

Tambahan lagi jika terdapat pelbagai bentuk cincin emas unik dan cantik yang dijual di pasaran sekarang. Memang para wanita akan berlumba-lumba beli untuk dipakai sebagai hiasan diri atau disimpan sebagai pelaburan. 

Oleh itu, tidak mengejutkan jika remaja lelaki lepasan SPM ini ingin menghadiahkan sebuah cincin untuk ibunya.

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Seorang remaja lelaki yang baru habis SPM datang ke kedai emas milik rakan saya di Shah Alam. Kata remaja tersebut, "...

Posted by Kelantanese on Saturday, March 13, 2021

"Saya nak beli cincin hadiah untuk mak saya sebab hari ni hari jadi mak"

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Kelantanese di laman Facebook, seorang penjual emas itu tersentuh dengan niat remaja berkenaan. 

Apa yang lagi menarik perhatian, remaja itu membeli cincin emas menggunakan duit upah hasil daripada kerja sambilan servis penyaman udara. Tambahan pula, remaja ini sudah lama pasang niat hendak belikan ibunya cincin, tetapi sekarang baru cukup duit yang dikumpulnya.

"Tak apa aunty. Saya nak guna semua duit ni untuk beli cincin mak. Saya nak beli yang elok. Saya nak gembirakan mak," katanya. 

Ketika artikel ini ditulis, posting ini telah berjaya meraih 4K likes, 280 comments dan 885 shares di Facebook

Hasil tinjuan di ruangan komen mendapati para netizen tersentuh dengan perbuatan remaja ini. Malah ramai yang memuji dan mendoakan remaja ini supaya berjaya dunia dan akhirat. 

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook: 

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat anak-anak di luar sana. Kasih ibu membawa ke syurga!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: