Jadi ‘Syurga’ Barang Peralatan Dapur Buat Suri Rumah, Kedai Sentai Ini Curi Tumpuan Ramai
Rambang mata!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini viral tentang sebuah kedai menjual pelbagai peralatan dapur di Ampang, Kuala Lumpur
Kedai peralatan dapur Sentai ini mempunyai susunan yang sangat kemas dan menarik perhatian orang ramai. Peralatan yang dijual sangat bervariasi tidak kira untuk kegunaan di dapur rumah, restoran, kafe, kerja-kerja katering, sekolah kulinari dan bakeri. Semuanya ada di Sentai!
Macam-macam pilihan dan jenama peralatan dapur boleh didapatkan di Sentai, boleh pilih sepuas hati!
Sukakan table setting yang kemas? Pinggan dan mangkuk yang cantik ini sesuai untuk siapa yang sukakan estetik. Nak ikut tema masakan pun tiada masalah! Nak ala Thailand, ala Korea, ataupun ala kafe-kafe mahal di luar negara?
Anda boleh dapatkan mangkun pinggan seramik dan selamat di sini. Mix and match dengan cawan dan sudu biar lengkap satu set!
Sukakan tema ala-ala Korea atau Thailand? Di sini juga boleh dapatkan perlatan dapur pelbagai jenama yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Sesuai makan samyang ramai-ramai dengan kawan! Nak hidangkan tomyam pun boleh.
Trend wooden utensils juga tidak ketinggalan. Nak set meja ala-ala restoran Bali di rumah? Tiada masalah.
Kepada peniaga restoran dan pengusaha katering, di sini juga tempat anda mencari peralatan dapur untuk kegunaan perniagaan
Bakers, alert! Ini syurga anda semua...
Jangan lupa datang singgah di kedai serba lengkap ini!
Ampang
Lot 4868, Off Jalan Mengkudu, 55000 Kuala Lumpur
Isnin - Sabtu (9am - 6pm)
Petaling Jaya
207, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya
Isnin - Sabtu (9am - 6pm)
Johor
126, Jalan Kebun Teh, Taman Majidee 80206 Johor
Isnin - Sabtu (10am - 7pm)
Dapatkan maklumat mengenai kedai Sentai di sini.