Lelaki Ini Hasilkan Kek 'Tepak Sirih' Sebagai Hantaran Majlis Nikahnya Sendiri. Kreatif!
Macam real!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan kepada pasangan pengantin untuk menempah kek hantaran pada majlis pernikahan mereka
Kebanyakan pasangan pengantin kini menempah kek hantaran untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan majlis pernikahan. Perkara ini telah menjadi norma baru dalam masyarakat sekarang.
Namun begitu, lelaki ini mencabar dirinya sendiri dengan mengambil inisiatif untuk membuat kek hantaran.
Menerusi perkongsian Muhammad Amin di laman Facebook, dia telah memuat naik beberapa gambar kek tepak sirih yang dibuatnya sendiri.
Selain memuat naik gambar, pemuda ini juga memohon doa kepada warganet atas penikahannya yang berlangsung pada 13 Mac lalu.
Lihat posting penuh tersebut di bawah:
Walaupun pemuda ini mengakui bahawa kek tepak sirihnya tak berapa menjadi, ramai netizen memuji keknya macam real
Selain mendapat pujian daripada netizen yang mengatakan bahawa kek tepak sirih itu sungguh kreatif dan cantik, posting ini juga dibanjiri dengan komen-komen netizen yang mengucapkan tahniah dan bekalan doa yang baik-baik.
"Ingatkan tepak sirih yang sebenar, rupanya kek..." - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih sebanyak 114K likes, 8K comments dan 448 shares di Facebook.
Kalau yang tak menjadi pun dah cantik, apalah lagi yang jadi, confirm ramai yang beratur nak tempah!
Apa-apa pun, selamat pengantin baru!