Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Buku Pink Amat Penting Waktu Sesak, Tak Kisahlah Nak Beranak Di Hospital Swasta Sekalipun

"Saya pesan ni bukan sebagai doktor perubatan, tapi sebagai suami." - Dr Firdaus Haris

Cover image via Homage & Majoriti

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti sedia maklum, Malaysia kini sedang hangat dengan isu pasangan yang mendakwa sebuah hospital bersalin swasta telah menahan jenazah anak mereka selama berbelas hari disebabkan mereka tidak mampu membayar bil hospital

Setelah isu itu menjadi viral, hospital berkenaan juga baru-baru ini telah memberi jawapan balas dengan menafikan semua dakwaan pasangan tersebut. Bagaimanapun, isu ini masih lagi hangat diperkatakan selepas pasangan itu mendakwa penafian yang dibuat juga adalah tidak benar.

Isu ini telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan menjadi perdebatan di media sosial.

Image via Mr Wan Cai Official (Facebook)

Ekoran itu, satu hantaran telah dibuat oleh Medical Mythbusters Malaysia di Facebook yang mana mengingatkan pasangan berkahwin bahawa pentingnya ibu mengandung untuk membuat Buku Rekod Kesihatan Ibu atau lebih dikenali sebagai Buku Pink

Menurut Dr Firdaus Haris, Buku Pink ini sangat penting tambah-tambah lagi bila dalam keadaan yang sesak.

"Kepada bakal-bakal bapa, bawa la isteri pergi buat Buku Rekod Kesihatan Ibu atau Buku Pink. 

Tak kisahlah kau benci macam mana pada Klinik Kesihatan.

Tak kisahlah kalau nak bersalin dekat hospital swasta pun.

Kalau takde masa pun cuba la ambil cuti sehari dan bawa isteri buka Buku Pink.

Saya pesan ni bukan sebagai doktor perubatan, tapi sebagai suami.

Mungkin ada orang akan hentam juga "buat apa nak tambah kerja orang dekat klinik antenatal?!!!"

Tapi buku ni amat-amat berguna bila dah sesak sangat.

Dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung, kita tak tahu apa akan jadi sehingga anak dilahirkan.

Dah simpan duit dan target nak belanja isteri bersalin di hospital swasta yang paling
selesa bilik suitenya.

Tapi masa tu pula kita dekat kampung yang hanya ada Klinik Desa."

Image via MAJORITI

Semua maklumat akan bantu petugas kesihatan rancang kaedah mana terbaik untuk selamatkan ibu dan anak

"Dengan Buku Pink ni, mudah untuk first liner samada doktor atau Jururawat Masyarakat untuk semak apa yang perlu dilakukan.

Ada tak penyakit yang perlu diberi perhatian seperti kencing manis, darah tinggi dan pre-eclampsia?

Scan terakhir ada nampak apa apa 'abnormalities' dengan janin tak?
Ada risiko tinggi untuk tumpah darah (postpartum hemmorrhage) tak?

Semua maklumat ini akan bantu petugas kesihatan rancang kaedah mana terbaik untuk selamatkan ibu dan anak. Mudah untuk doktor tahu apa nak buat dan nak rujuk ke mana.

Memang kebanyakan ibu tahu apa yang doktor dah maklumkan sepanjang follow up dengan doktor lain. Tapi tengah kelam kabut nak bersalin kadang-kadang ada maklumat penting yang lupa dimaklumkan.

Bakal-bakal bapa ni pula, biasanya tak ingat pun benda-benda macam ni.
Tambahan pula dalam Buku Pink ada pelbagai nota tambahan untuk bakal ibu dan bapa baca dan teliti. Ambil masa untuk baca (go through) sama-sama.

Hargai Buku Pink ni. Jaga betul-betul.
Simpan dalam beg kecemasan bila pergi mana-mana dengan bakal ibu."

Dr Firdaus Haris
Medical Mythbusters Malaysia

Lihat hantaran asal di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi di SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment