Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bulan Ramadan Kan Syaitan Diikat, Tapi Kenapa Ada Je Maksiat? Baca Jawapan Ustaz Muda Ini!

Kebanyakan dari kita percaya perkara ini semenjak dari kecil lagi.

Cover image via Foodobye

Bulan Ramadan adalah bulan yang dianggap penuh keberkatan bagi semua umat Islam

Bulan Ramadan datang setiap tahun bagi membuka peluang kepada umat Islam untuk melipat gandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan dariNya. Bulan ini juga cukup istimewa berbanding bulan-bulan lain kerana ganjaran pahala lebih besar dijanjikan bagi setiap amalan yang dilakukan.

Image via SAYS

Ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia dan suci bagi umat Islam. Ayat-ayat pertama Al-Quran diturunkan pada bulan ini. Bahkan, pada bulan Ramadan, umat islam diwajibkan untuk berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang lain kerana Allah SWT berfirman;

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala (dari Allah SWT), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Image via Google

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan memberi seribu makna buat umat islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat Islam wajib berpuasa menahan segala yang membatalkan puasa seperti menahan makan dan minum, tidak menuruti hawa nafsu dan menjaga perbuatan yang tidak baik selama berpuasa. 

Satu persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai tatkala tibanya bulan Ramadan adalah berkenaan syaitan dan jin yang kita percayai diikat

Sabda Rasulullah SAW;

Image via SAYS

Berdasarkan riwayat itu, ramai di antara kita yang percaya setahun sekali, syaitan akan dirantai pada bulan Ramadan sehinggalah habisnya bulan yang penuh keberkatan ini. Namun begitu, sekiranya syaitan dan jin benar-benar diikat, mengapa masih ada manusia yang melakukan maksiat dan perbuatan mungkar pada bulan ini?

Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Addien.

Image via Twitter @AdDien90

Seorang ustaz muda dan pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ad-dien telah tampil memberikan penjelasan sebenar. Ad-dien atau nama sebenarnya Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir telah berkongsikan penjelasannya di laman Twitter miliknya tentang salah faham dakwaan syaitan dan jin diikat pada bulan Ramadan.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Image via Twitter @AdDien90

Ini bererti, maksiat dan kemungkaran berlaku sebenarnya adalah disebabkan dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Walaupun dalam diri manusia itu terdapat nafsu yang baik dan buruk tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik.

Oleh yang demikian, bulan puasa merupakan masa yang sesuai untuk kita melatih dan mengawal diri kita supaya berdisiplin, menolak yang tidak baik dan mengamalkan yang baik kerana ibadah berpuasa itu sahaja adalah untuk mengawal diri kita daripada dipengaruhi nafsu. Jadikan bulan Ramadan sebagai ruang untuk kita perbaiki diri dari semasa ke semasa. 

Semoga ibadah serta amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini diterima Allah SWT. InshaAllah.

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mizz Nina pun ajak wanita berhijab Ramadan ini!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment