[VIDEO] “Merdunya Alunan Suara Dia” – Remaja 13 Tahun Jadi Imam Tarawih Di Masjid Subang

Remaja tersebut merupakan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam.

Sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini

Dan bila sebut sahaja bulan Ramadan, salah satu 'aktiviti' ataupun amalan yang cukup sinonim dengannya sudah tentulah menunaikan ibadah solat sunat Tarawih, sama ada di masjid, surau, mahupun di rumah.

Image via MUIS

Sebolehnya ramai yang ingin menunaikan ibadah sunat itu di masjid dan secara berjemaah. Manakan tidak, pahala solat berjemaah dikira berganda berbanding solat secara sendirian.

Bukan itu sahaja, ramai yang memilih untuk menunaikannya di masjid ataupun surau kerana boleh berjumpa dengan jiran tetangga bagi mengukuhkan lagi ukhwah sesama Muslim.

Baru-baru ini telah tular seorang remaja berusia 13 tahun menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang

Remaja tersebut yang merupakan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam telah tular ekoran suaranya yang merdu lagi lunak membaca ayat suci Al-Quran meskipun usianya yang masih muda.

Video Faris Farhan yang menjadi imam kepada para jemaah masjid tersebut tanpa mengira umur itu telah dirakam dan dipaparkan secara Live di Facebook Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam sekali gus disaksikan oleh ramai warga internet.

Lihat video penuh di bawah:

Menerusi rakaman tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen dengan memuji Faris kerana berjaya mengimamkan jemaah yang ramai walaupun pada usia muda

Selain itu, mereka turut berasa kagum dengan tenaga pengajar anak-anak tahfiz yang berjaya melahirkan individu yang cintakan naskhah Al-Quran.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment