Buskers Nyanyi Lagu Kahwin 'Direnjis-Renjis' Tapi Tukar Genre Jadi Metal Ini Curi Tumpuan
Sedap gila suara brother tu!
Lagu-lagu kahwin lama sememangnya evergreen kerana setiap kali dimainkan di kenduri-kendara, kita tak pernah jemu mendengarnya
Situasi ini sama seperti lagu raya. Apabila dipasang atau didengar di corong-corong radio, kita tak akan pernah bosan mendengarnya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah kumpulan buskers yang sedang membuat persembahan menyanyikan lagu kahwin 'Direnjis-renjis'.
Lihat video tersebut di bawah:
Daripada genre irama Malaysia terus ke metal
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sebuah kumpulan buskers sedang saja baru bermula nyanyikan lagu 'Direnjis-renjis' yang popular dipasang di kenduri kahwin.
Permulaan nyanyian itu kedengaran mendayu-dayu kemerduan lagu yang didendangkan itu. Namun begitu, selepas beberapa saat kemudian dapat dilihat perbincangan antara ahli kumpulan buskers itu berbincang menggunakan bahasa badan bagaimana lagu ini mahu dimainkan.
Apa yang menghiburkan adalah dipertengahan video genre lagu itu berubah secara smooth kepada genre metal di mana penyanyinya dilihat menukarkan intonasi suaranya daripada irama Malaysia ke lagu rock.
Image via @csebuskers (TikTok)
“Tapi suara dia sangatlah sedap. Macam recording oh awal-awal tu. Hujung-hujung tu different genre la dia pergi haha” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.2M views, 71.5K likes dan 5.8K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan reaksi terhibur terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:Image via @csebuskers (TikTok)
Image via @csebuskers (TikTok)
Image via @csebuskers (TikTok)
Harap tak adalah yang kokak itik serati nanti :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment