“Skru Pun Ada Kamera” - Elak Jadi Mangsa Skodeng, Ini Cara Kesan ‘Spy Cam’ Guna Phone!
Dinasihatkan para wanita untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menjadi mangsa si kaki skodeng.
Buat wanita-wanita di luar sana, pernah tak anda rasa diri seperti diperhatikan semasa sedang membuang air kecil atau besar terutamanya di tandas-tandas awam?
Kedengaran sangat menakutkan, bukan? Tapi jangan terkejut kerana perkara ini benar-benar berlaku. Bukan setakat di luar negara, ya, tapi di Malaysia pun ada!
Image via Twitter
Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna Twitter yang menyatakan wujudnya sebuah akaun Telegram yang didapati mengumpul dan menyebarkan gambar wanita ketika mereka berada di dalam tandas awam. Lebih memalukan, akaun berkenaan mempunyai sekitar 21 ribu ahli, dengan lebih seribu ahli aktif pada satu-satu masa.
Image via Twitter
Ekoran daripada itu, pengguna Twitter berkenaan menasihati orang awam terutamanya wanita agar berhati-hati dan sentiasa memeriksa tandas awam yang dimasuki.
Image via Twitter
Berdasarkan gambar skrin (screen capture) yang dimuat naik, kebanyakan gambar yang disebarkan dalam group Telegram tersebut adalah gambar intip daripada kamera tersembunyi yang dipasang di dalam tandas awam.
Oleh yang demikian, dinasihatkan para wanita untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menjadi mangsa
Menerusi laman Twitter juga, seorang pengguna bernama Sue Anna Joe telah berkongsikan beberapa tempat yang terdapat rakaman kamera tersembunyi di Malaysia.
Jangan terkejut, terdapat juga objek yang dijadikan sebagai tempat menyembunyikan ‘spy cam’ yang sering kita abaikan seperti pewangi, skru, plug, berus dan banyak lagi.
Jom kita tengok perkongsian dia di bawah:
Susulan daripada tularnya perkongsian tersebut, terdapat sebilangan warganet yang turut berkongsikan beberapa lagi tips bagi mengelak diri daripada dihendap kaki skodeng.
Diharap, perkongsian ini dapat membantu para wanita agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika berada di tandas awam.
Bukan itu sahaja, semua juga, baik lelaki mahupun wanita, disarankan untuk melaporkan pengendali akaun yang mengandungi kandungan lucah, sumbang, jelik, tidak bermoral serta palsu
Akaun-akun ini boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah;
- Laporkan secara terus kepada pengendali laman atau media sosial
- Membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laman sesawang, https://aduan.skmm.gov.my/
- Membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPDNKK, BNM dan agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan.
Segera sekat dan laporkan akaun seperti ini kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam selain mengancam keselamatan terutamanya kepada kaum wanita.
Spy cam bentuk lighter pun ada!
Lagi perkongsian bermanfaat di SAYS Seismik:
Leave a comment