"Cara Nak Hilangkan Penat" - Rakaman Rider Grab Jerit Di Restoran Ini Buat Ramai Terkejut
Awak okay tak bang?
Lumrah bagi setiap orang yang bekerja untuk merasa penat dengan tugasan harian dan beban di tempat kerja
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stres atau rasa penat itu. Ada yang pergi beriadah, karaoke bersama kawan-kawan atau pun mendekatkan diri dengan yang Maha Esa.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini yang memaparkan seorang rider Grabfood bertindak menjerit di restoran sehingga orang di sekeliling terkejut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tiba-tiba jerit "penat!" sambil buat muka selamba, reaksi orang di restoran pula mencuit hati
Menerusi video yang dimuat naik oleh @miendontcare, kelihatan rider Grabfood itu sedang berhenti di sebuah restoran sambil menunggu untuk mengambil pesanan pelanggannya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba-tiba merakam dirinya sambil menjerit "penat!" dengan sekuat hati. Tindakannya itu membuatkan beberapa orang pelanggan di restoran tersebut terkejut dan memandang ke arahnya.
Malah, ada juga yang tergelak melihat gelagat spontan pemuda itu yang secara tiba-tiba saja menjerit di tempat awam.
Image via @miendontcare (TikTok)
"Bagus bang lain kali luahkan dekat semua orang, jangan pendam" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah mencecah 1.1M views, 111.3K likes dan 4K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rider Grabfood itu yang 'masuk air'. Malah, ramai yang bertanya di mana dia beli konfidennya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @miendontcare (TikTok)
Image via @miendontcare (TikTok)
Image via @miendontcare (TikTok)
Lain macam abang ni punya muka tebal. Hati kau memang keras bang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment