Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cecah Berbelas Juta Ringgit, Ini 5 Rumah Dikatakan Paling Mahal Di Malaysia!

Menangis admin tengok harga rumah-rumah ni.

Cover image via Malaysia Dateline

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernahkah anda terfikir, berapa agaknya harga rumah paling mahal di Malaysia?

Jika kita melalui kawasan perumahan elit, sudah tentu mata kita akan terpukau melihat kecantikan dan kemewahan rumah tersebut bukan?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima rumah paling mahal di Malaysia mengikut sumber Malaysia Date.

Anda nak tahu dekat mana rumah paling mahal? Jom check it out!

5. RM12 juta – Banglo Bukit Damansara

Image via Malaysia Dateline

Rumah banglo di Bukit Damansara ini dikatakan pernah menjadi kediaman ramai tokoh terkenal termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, tapak kawasan ini pernah menjadi tempat tinggal kakitangan kerajaan sebelum ibu pejabat dipindahkan ke Putrajaya.

Lebih dikenali sebagai Damansara Heights, setiap kaki persegi banglo di lokasi ini dijual dengan harga purata bernilai RM652.

4. RM12.1 juta – Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

Image via Malaysia Dateline

Bangunan kondominium yang mempunyai 21 tingkat ini dimuatkan dengan 121 unit rumah dan dibangunkan di Jalan Mendang Serai, Bangsar.

Kawasan perumahan ini menjadi kediaman pilihan bagi warganegara asing yang bekerja di Malaysia. Harga purata untuk setiap kaki persegi kondominium ini pula bernilai RM815.

3. RM12.6 juta – Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Image via Malaysia Dateline

Tahukah anda? Rumah banglo mewah ini pernah menjadi kediaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Banglo ini dinamakan semula sempena nama Perdana Menteri Malaysia pertama itu.

Harga purata bagi setiap kaki persegi untuk banglo di kawasan yang pernah dikenali sebagai Kenny Hill ini pernah mencecah nilai RM442!

2. RM 13.6 juta – Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Image via Malaysia Dateline

Dibangunkan di kawasan Tanjung Tokong, Pulau Pinang, kediaman kedua termahal yang pernah terjual di Malaysia ini terletak di jalan sempit berdekatan Jalan Bunga Hinai.

Walaupun reka bentuknya nampak agak ketinggalan zaman, harga purata bagi setiap kaki persegi banglo di Tanjung Tokong ini bernilai RM854.

1. RM 14.5 juta – Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang

Image via Malaysia Dateline

Inilah rumah paling mahal pernah dijual di Malaysia! Kalau anda nak tahu, ia mendapat nama dari bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus.

Banglo ini terletak di kejiranan bandar 'kelas atasan', dan harga purata bagi setiap kaki persegi rumah banglo di Pulau Tikus adalah bernilai RM570.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment