Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cikgu India Ini Dipuji Siap Ajar Anak Murid Melayu Cakap Bahasa Tamil, Sporting Gila!

Bestnya dapat cikgu sempoi macam ni.

Cover image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Guru merupakan tunggak utama kejayaan dan budi bahasa seseorang pelajar

Tanpa didikan dan tunjuk ajar daripada guru, sudah pasti anak murid juga takkan berjaya. Namun begitu, guru tidak semestinya perlu menjadi garang dalam mendidik pelajar.

Setiap guru ada cara tersendiri untuk memastikan apa yang diajar itu dicontohi oleh anak murid mereka.

Begitu juga dengan video yang viral di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang guru berbangsa India mengajar anak murid Melayunya bercakap bahasa Tamil mencuri perhatian netizen.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Panggil anak murid Melayu sebab nak ajar cakap Tamil

Menerusi rakaman berdurasi 59 saat itu, seorang guru wanita bernama Buvanesan dilihat memanggil salah seorang anak muridnya dan bertanya jika dia mahu belajar bahasa Tamil atau tidak.

Cikgu Buvanesan: Kau nak belajar bahasa Tamil dengan Cikgu Buva tak?
Anak murid: Nak!
Cikgu Buvanesan: Betul? Sini, sini. Cikgu ajar yang senang-senang je. Memang senang.

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Kemudian, Cikgu Buvanesan mengajar beberapa ayat basic Tamil seperti selamat sejahtera, selamat pagi dan saya suka awak.

Melihat potensi anak muridnya yang cepat belajar dan menyebut setiap perkataan itu dengan betul, Cikgu Buvanesan pantas memuji kanak-kanak perempuan itu.

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 467.2K views, 56.2K likes dan 1.4K shares di TikTok

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji sikap Cikgu Buvanesan yang sporting mengajar anak muridnya bahasa Tamil.

Bukan itu saja, malah ramai yang mengaguminya kerana fasih berbahasa Melayu dan tidak nampak pelat langsung walaupun dia berbangsa India.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Image via @ganesanbuvanes (TikTok)

Terbaiklah cikgu! Tiba-tiba rasa nak pergi sekolah balik :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment