Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Crystal Ball Diletak Di Bahagian Gula-Gula, Peniaga Tak Sedar Jual Barang Terlarang

Bahaya kalau budak beli ingat itu gula-gula.

Cover image via @kpdn_perak (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular video di TikTok selepas KPDN Perak mendapati crystal ball dijual di sebuah premis perniagaan

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 26 saat itu, pegawai-pegawai dari KPDN Perak yang memeriksa premis berkenaan mendapati crystal ball ada dijual di situ.

Salah seorang pegawai yang bertugas menerangkan bahawa barangan tersebut adalah sesuatu yang merbahaya.

"Benda ini rendam dalam air dia kembang, dulu ada kes budak tertelan dan kena operate.


"Kerajaan sudah beri kenyataan benda ini tidak selamat, diwartakan sebagai barang terlarang untuk dijual," katanya.

Image via @kpdn_perak (TikTok)

Barangan berbahaya dan berisiko mengelirukan kanak-kanak

Premis tersebut juga didapati mempunyai crystal ball yang dilihat diletakkan berdekatan gula-gula pada bahagian kaunter.

"Kesalahan ini adalah di bawah akta perlindungan pengguna 1999 di bawah perintah perlindungan pengguna larangan terhadap bnarang yang tidak selamat 2011.

"Semua crystal ball yang ada kita akan rampas dan kita akan buat siasatan selanjutnya terhadap siapa pembekalnya," tegas pegawai berkenaan.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment