Dengan Hanya Tomato Beku, Muka Dari Berjerawat & Berparut Terus Jadi 'Pinkish' & Berseri
Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.
Buah tomato dikatakan antara buah yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri
Image via Berita Harian
Kajian pakar juga telah membuktikan bahawa buah tomato bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman mahupun luaran, bahkan buah ini sangat sedap dicampurkan ke dalam sesuatu masakan yang menambahkan lagi kesedapan makanan itu.
Dikatakan buah tomato yang berwarna merah dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan kandungan setiap vitamin akan bertambah apabila buah itu semakin tua atau matang. Bukan itu sahaja, tomato juga mempunyai likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.
Image via Google
Dari sudut kecantikan pula, buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.
Perkara ini telah dibuktikan oleh dua orang gadis yang mana masing-masing berkongsikan tips atau petua mencuci muka menggunakan tomato beku
Asha Zakaria telah mengamalkan penggunaan tomato beku dalam penjagaan wajahnya dan dalam masa lapan bulan, kulit Asha yang dahulunya berjerawat terus menjadi berseri-seri dan 'glowing'.
Berikut adalah perkongsian Asha:
Image via Facebook Asha Zakaria
Tips untuk hilangkan jerawat dan parut degil, plus boleh glowing-kan kulit wajah.
Bahan :-
1 biji buah tomato
Cuci dan simpan dalam peti ais (tempat beku)
Biarkan 1 hari, ambil dan potong dua. Gunakan sebelah sahaja.
Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Biarkan 1 jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
SELAMAT MENCUBA!
Image via Facebook Asha Zakaria
Petua menggunakan tomato beku turut diamalkan oleh Nurul Balqis walaupun dengan cara yang sedikit berbeza. Balqis yang mengalami masalah kulit telah mengamalkan penggunaan tomato beku sebagai masker bagi mencantikkan wajahnya.
Berikut adalah perkongsian Balqis:
Image via Facebook Nurul Balqis
Hai semua.
Hari ini Qis ada nak share satu tips yang Qis dah amalkan sejak 6 bulan yang lepas. Memang menjadi.
Tips semulajadi dengan ais kiub tomato. Banyak kebaikan ais kiub tomato ini, antaranya:
- Jerawat dekat muka Qis satu hari je dah kecut
- Gelap bawah mata pun dah berkurang
- Kulit Qis still glowing walau tanpa makeup
- Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dapat cegah kedutan)
- Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
- Rawatan kiub ais ini memang diakui boleh menambahkan keserian wajah
Image via Facebook Nur Balqis
Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
Image via Facebook Nur Balqis
Seterusnya tomato yang dipotong kecil tdi dimasukkan dalam blender. Tak perlu tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
Image via Facebook Nur Balqis
Kisar sehingga hancur dan halus seperti ini.
Image via Facebook Nur Balqis
Tomato yang dikisar tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
Image via Facebook Nur Balqis
Inilah hasil tomato yang dibekukan itu. Heeee cantik tak yang Qis punya?
Image via Facebook Nur Balqis
Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya.
Silakan kalau nak share untuk smpan tips ini dan boleh beritahu rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bawah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Selamat mencuba kawan-kawan!
Jom sama-sama cuba masker tomato beku ini!
Cuba check kulit anda jenis apa dengan tips ini:
Lagi tips penjagaan kulit muka di bawah:
Leave a comment